Saturday, September 24, 2011

Nasib Selangor di hujung tanduk


KUALA LUMPUR - Adakah pemergian K. Devan mampu menyelesaikan kemerosotan prestasi juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor yang masih mencari rentak dalam usaha memburu sisa-sisa harapan ke suku akhir?

Memang sudah tiada pilihan lain lagi buat Selangor jika masih berangan-angan memburu ‘Misi 33’ yang nampak semakin jauh daripada jangkauan selepas kalah 1-2 kepada T-Team minggu lalu di Stadium Shah Alam.

Pengganti Devan, P. Maniam yang baru dinaikkan pangkat selaku jurulatih berdepan tanggungjawab berat bukan sahaja mencari kemenangan kepada Selangor tetapi perlu memulihkan moral kembali para pemain yang semakin merudum.

Ketika dihubungi semalam, Maniam yang juga bekas pemain Selangor tahun 1990-an berkata, semua pemain sudah melupakan pemergian K. Devan dan mereka bersedia memberikan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan dengan PDRM.

‘‘Peletakan jawatan Devan tidak lagi mengganggu tumpuan pemain sebaliknya mereka bertambah semangat bagi membuktikan sesuatu kepada para peminat setia bahawa mereka masih mampu ke suku akhir.

‘‘Dua perlawanan ini amat penting buat kami dan saya harap kita boleh mencatatkan kemenangan dalam kedua-dua perlawanan tersebut sambil mengintai peluang ke suku akhir.

‘‘Memang tidak dinafikan peluang kami ke pusingan kalah mati banyak bergantung juga kepada keputusan perlawanan T-Team dan Kuala Lumpur, jika Kuala Lumpur menang, peluang kami mungkin agak tipis kerana T-Team hanya bertemu PDRM pada aksi terakhir kumpulan dan dijangka tiada masalah mengutip tiga mata.

‘‘Tetapi saya hanya mahu memberikan fokus kepada pertemuan dengan PDRM dahulu, mereka juga bukan calang-calang pasukan kerana perlawanan terakhir kami diberi tentangan sengit sebelum menang 2-0,” katanya yang mengakui PDRM pasti bertambah semangat selepas berjaya mengutip mata pertama selepas mengikat Kuala Lumpur seri tanpa jaringan minggu lalu.

Selangor yang sekadar mengutip empat mata dan berada di tangga ketiga Kumpulan D wajib mengutip enam mata dua perlawanan terakhir bagi memintas kedudukan salah satu pasukan, T-Team yang menerajui kedudukan kumpulan dengan sembilan mata sementara Kuala Lumpur ketinggalan satu mata di belakang kelab dari Terengganu itu.

Walaupun begitu, Selangor perlu menghadapi PDRM tanpa khidmat dua tonggak utama, Hardi Jaafar dan Mohd. Nasriq Baharom kerana masih dibelenggu kecederaan.

‘‘Ketiadaan Hardi dan Nasriq mungkin sedikit menjejaskan kekuatan pasukan tetapi kami mempunyai ramai pengganti yang boleh disandarkan,” katanya.diamalkan oleh Devan.
Kelantan pula hanya memerlukan satu lagi kemenangan ke atas Johor FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi mengesahkan laluan ke suku akhir manakala Perak, satu mata sahaja sudah memadai.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...