Tuesday, September 13, 2011

Norizan tuntut komitmen Yob


KOMITMEN dan kesungguhan tinggi ketika bertemu Johor, Sabtu lalu dituntut daripada pemain Perak apabila turun melayani kunjungan Kedah dalam saingan Piala Malaysia kumpulan A di Ipoh, malam ini.

Walaupun turun tanpa lima tonggak utama, kapten Shahrulnizam Mustafa, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Mohd Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff serta penjaga gol, Nasril Nourdin yang digantung tujuh perlawanan, anak buah Norizan Bakar berjaya meningkatkan persembahan untuk melakar kejayaan 2-1 ke atas pelawat.

“Kita harap komitmen serupa malah jika boleh lebih lagi untuk perlawanan dengan Kedah,” kata Norizan.


Namun pengendali berpengalaman itu mengaku persembahan anak buahnya jauh dari tahap sempurna kerana terdapat banyak kekurangan.

“Ia perkara biasa apabila lima pemain baru terpaksa mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Sudah pasti berlaku kepincangan serta salah faham semasa perlawanan. Inilah yang perlu diperbaiki pemain dalam setiap perlawanan,” katanya.

Jurulatih itu berkata, tugasnya adalah menyediakan pasukan mantap dan bertenaga untuk menghadapi saingan dalam kempen Piala Malaysia walaupun mempunyai tenaga pemain yang terhad.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...