Tuesday, September 13, 2011
Jang ada ramuan jerat Penyu
REPUTASI Terengganu selaku juara Piala FA dan naib juara Liga Super musim ini tidak harus menghadirkan tekanan buat pemain Negeri Sembilan ketika melayani kunjungan skuad Pantai Timur itu pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.
Sebaliknya skuad Hoben Jang Hoben perlu yakin kepada keupayaan diri sendiri untuk mengharungi cabaran yang dijangka sengit demi memastikan kemenangan di halaman sendiri itu dapat direalisasikan.
“Kita akui Terengganu turun dengan reputasi besar namun ia tidak bermakna pemain harus rendah diri sebelum berjuang. Saya sudah ingatkan mereka supaya tidak terlalu menghormati lawan kerana sikap itu mungkin menjejaskan persembahan sebaliknya perlu terus fokus demi menjamin kemenangan,” kata ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.
Menurut Azraai, persembahan cemerlang seperti dipamer ketika membenam Sime Darby, 5-0, Selasa lalu perlu dikekalkan bagaimanapun mereka perlu lebih berhati-hati bagi memastikan tidak mudah terperangkap dengan taktik lawan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment