Thursday, September 29, 2011
N. Sembilan janji aksi lebih garang
SEREMBAN - Setelah layak ke suku akhir dengan status juara Kumpulan B, Negeri Sembilan mahu memberikan aksi lebih garang dalam usaha mencerahkan peluang ke separuh akhir Piala Malaysia.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yakin dengan corak permainan konsisten, dedikasi, serta semangat juang pemain, skuad Rusa mempunyai peluang ke final.
"Saya yakin dengan komitmen pemain, Negeri Sembilan mungkin boleh mencipta kemenangan apabila bertemu Felda United pada suku akhir nanti.
"Saya berharap pemain dapat mengekalkan corak permainan supaya kita dapat ke final," katanya di sini semalam.
Skuad Hoben Jang Hoben mengungguli kumpulan dengan 13 mata hasil empat kemenangan, satu seri dan kalah sekali serta meledak 10 jaringan dan bolos empat gol.
Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, pihaknya kini sedang menjalankan rundingan dengan beberapa agen dalam usaha mendapatkan khidmat pemain import.
"Ketika ini kita telah menyenarai pendek beberapa pemain berasal dari Republik Czech dan Hungary," jelasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment