Friday, September 16, 2011

'Misi 33' masih berapi

AKSI pemain Selangor, Mohd Nasriq Baharom (kiri)   berdepan rempuhan Yong Kuong Yong dari Kuala Lumpur dalam saingan Kumpulan D di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, kelmarin yang berkesudahan seri 0-0.


Semangat anak buah saya masih belum pudar: Devan 

AKSI kurang meyakinkan Selangor selepas tamat pusingan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia bukan rumusan tepat bahawa impian skuad Merah Kuning itu untuk merealisasikan ‘Misi 33’ sudah boleh dilupakan.

Sejarah membuktikan Selangor biarpun hanya mencatat dua kemenangan, tiga seri dan sekali tewas untuk sekadar muncul naib juara Kumpulan D pada 2005 akhirnya berjaya menjulang piala berprestij itu selepas menundukkan Perlis 3-0 di final.
Sebaliknya ketika Selangor cemerlang menjuarai peringkat kumpulan dengan layak ke suku akhir ketika saingan masih berbaki dua perlawanan pada 2009 dan 2010, mereka kandas pula seawal suku akhir kepada Terengganu dan Kelantan. 

Bagi saingan musim ini, segalanya kini bergantung kepada aksi pertama pusingan kedua menentang T-Team di Stadium Shah Alam, malam esok dan bagi jurulatih Selangor, K Devan, ia bakal menjadi detik penentu hala tuju skuad bimbingannya. 

“Peluang untuk ke suku akhir dan menjadi juara Kumpulan D masih terbuka. Kuala Lumpur akan bertemu T-Team di Kuala Terengganu manakala kami pula akan menanti kunjungan T-Team dan Kuala Lumpur di Shah Alam. 

“Yang penting, kami wajib menang dengan T-Team (esok). Saya rasa situasi ketika ini lebih baik kerana kami dapat mengelak daripada pemain berasa selesa apabila layak lebih awal,” katanya. 
Selangor kini sekadar di tangga ketiga Kumpulan D dengan empat mata selepas tewas 0-1 kepada T-Team, menang 2-0 ke atas Polis dan seri 0-0 dengan Kuala Lumpur, Selasa lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...