Wednesday, September 21, 2011
Usah fikir tentang kekuatan Jepun
KUALA LUMPUR - Kelebihan dan kekuatan Jepun tiada dalam fikiran jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee apabila beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu hari ini.
Sebaliknya jurulatih berusia 41 tahun itu hanya memberi tumpuan kepada pemainnya dan apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan pasukan No. 1 Asia itu dalam perlawanan pertama Kumpulan C.
Menurutnya, pemain harus memberi fokus terhadap strategi dan jerat yang bakal digunakan mereka untuk memerangkap pemain Jepun, bukannya terlalu menghormati pemain lawan.
"Saya mahu pemain fokus, jangan hilang tumpuan. Latihan terakhir petang ini (semalam) digunakan sebaik mungkin.
"Daripada saya mengambil berat tentang kekuatan Jepun lebih baik saya memberi tumpuan kepada keadaan pemain saya, terutama pemain yang dibelenggu masih kecederaan seperti Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Noor," katanya.
Jepun menjadi pilihan pada perlawanan hari ini dan pilihan untuk menjuarai Kumpulan C berdasarkan prestasi cemerlang memenangi pingat emas di Sukan Asia Guangzhou tahun lepas.
Kim Swee berkata, dia tetap mempercayai anak buahnya dengan mengharapkan mereka mampu memberi tentang sengit dan mempamerkan persembahan terpuji berdepan skuad Jepun.
"Saya mengharapkan pemain belajar daripada pengalaman terdahulu terutama sekali ketika melalui tujuh perlawanan persahabatan sebelum tiba di Jepun.
"Segala kelemahan sudah dikenalpasti dan mereka tidak sepatutnya mengulanginya," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment