SELEPAS dihampakan oleh pasukan berstatus kelab, Selangor PKNS dalam saingan Piala Malaysia 2011, perasaan kecewa pemain Negeri Sembilan, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak sudah tidak didapat disembunyikan lagi
Apatah lagi, ‘ayam tambatan’ skuad yang mendapat jolokan Hoben Jang Hoben itu menyaksikan pasukannya tersungkur di laman sendiri Sabtu lalu hasil dua jaringan pemain PKNS, Mohd. Fauzan Dzulkifli dan Mohd. Norhisham Hassan pada minit ke-48 dan ke-58.
Terengganu pula yang menewaskan Sime Darby 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu terus mengekori rapat pendahulu Kumpulan B itu dengan masing- masing mengumpul sembilan mata.
Mereka kini hanya dipisahkan dengan perbezaan jumlah jaringan yang memihak kepada Negeri Sembilan.
Bahang mula terasa apabila kedua-dua pasukan elit Liga Super itu bakal berentap dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Selasa depan yang dianggap sebagai penentu juara kumpulan.
Bagaimanapun, Zaquan tidak mahu memikirkan pertembungan klasik itu, sebaliknya mahu menumpukan fokus terhadap pertemuan dengan Sime Darby esok daripada memikirkan tentang pertemuan menentang gergasi Pantai Timur tersebut.
“Saya amat kecewa kerana kami gagal memanfaatkan peluang ketika menentang Selangor PKNS di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu sekali gus gagal untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan.
“Kekalahan itu sukar untuk kami terima, namun kami harus pandang ke depan dan tidak boleh membiarkannya ber- ulang.
“Kami tahu, penyokong mula menantikan pertembungan Negeri Sembilan dengan Terengganu yang dilabelkan sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Kumpulan B, namun apa yang lebih penting ketika ini adalah kami harus memberikan yang terbaik pada aksi menentang Sime Darby terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jelasnya, mereka akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang esok dengan misi untuk mengutip tiga mata penuh selain mahu mengembalikan maruah Negeri Sembilan.
Menurutnya, di sebalik ghairah untuk memburu kemenangan, dia tidak mahu terlalu memandang rendah terhadap skuad bimbingan Ismail Zakaria itu yang hampir mengejutkan juara Piala FA, Terengganu sebelum tewas menerusi jaringan Mohd. Ashaari Shamsudin.
“Walaupun Sime Darby sudah tidak layak ke peringkat suku
No comments:
Post a Comment