Tuesday, September 13, 2011

Wakil Johor tekad bangkit


DUA pasukan dari selatan tanah air - Johor dan Johor FC terpaksa merentas Laut China Selatan untuk memburu kemenangan pertama selepas terpalit dua kekalahan dalam kempen Piala Malaysia.

Johor berdepan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu manakala Johor FC menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam ini mengidam misi yang serupa iaitu tiga mata harus di bawa pulang.

Johor yang beraksi dalam Kumpulan A tewas 0-2 kepada Kedah dalam aksi pertama dan tumpas 1-2 kepada Perak, Sabtu lalu manakala nasib serupa menimpa Johor FC apabila kecundang 0-2 kepada FELDA United dan terbaru gagal menyaingi kehebatan penyandang juara, Kelantan selepas tumpas tipis 1-2 di Kota Bharu.


Bagi Sazali Saidun yang mengambil alih tugas selaku jurulatih daripada Azuan Zain yang dikatakan cuti sakit dan terpaksa direhatkan pengurusan skuad, menganggap perlawanan menentang Sarawak ibarat misi hidup mati buat pasukan itu.

“Tamparan buat Johor FC yang tewas dalam dua perlawanan lalu namun saya yakin pemain yang bakal diturunkan akan mempamerkan aksi terbaik,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...