Wednesday, September 21, 2011

Awas Jepun!

Apek yakin Harimau jerat Samurai

“KAMI lebih arif dengan kekuatan Jepun siapa lawan kali ini dan kami sudah bersedia berdepan Jepun.”

Itu kenyataan ringkas bernada cukup yakin daripada mulut kapten dan penjaga gol skuad Olimpik Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan penting perlawanan pertama Kumpulan C kelayakan Olimpik di Stadium Tosu, Wilayah Saga, Pulau Kyushu, jam 7 malam ini (8 waktu tempatan).
“Kini saya dan rakan-rakan lebih bersemangat dan yakin kerana sudah mendapat sedikit gambaran maklumat daripada jurulatih (Ong Kim Swee). Malah kami juga berpeluang melihat rakaman perlawanan mereka (Jepun) dengan Kuwait pada pusingan kedua lalu.

“Apa yang boleh saya katakan ialah mereka pasukan yang pantas, banyak menggunakan pemain sayap dan cukup agresif dan saya jangkakan mereka akan kekal bermain seperti itu esok (malam ini).

“Tetapi berkat latihan dan persiapan lebih rapi menghadapi kempen peringkat kumpulan ini, saya yakin kami mampu memberi tentangan. Bukan mustahil jika kami mampu pulang dengan satu mata,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Apek.

Khairul Fahmi dijangka memikul tugas berat menggerakkan benteng pertahanan di depannya untuk menafikan sebarang jaringan daripada skuad Samurai Biru. 


Mengulas saingan ketika Malaysia tewas 0-2 kepada skuad Samurai Biru di Sukan Asia Guangzhou 2010 ketika itu, Apek menjelaskan pemain negara kurang mengenali pemain skuad emas bimbingan jurulatih Takashi Sekizuka ketika itu.

Malah kecederaan yang dialami beberapa tonggak penting dalam perlawanan pertama menentang Kyrgyzstan juga menyumbang kepada permainan secara bertahan ketika itu. 

Menurut penjaga gol Kelantan dalam Liga Super itu, pemain Harimau Muda kini lebih berkeyakinan beraksi di pentas penting ini terutama selepas mendapat banyak pendedahan berguna berdepan lawan lebih fizikal menentang kelab Liga Corgon di Slovakia. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...