Monday, September 26, 2011

Wan Zack diberi perhatian rapi ViOn

WAN Zack Haikal Wan Nor yang mengalami kecederaan serius ketika membawa cabaran skuad Olimpik negara bertemu Jepun pada perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 akan diberi perhatian rapi oleh kelabnya, ViOn Zlate Moravce. 

Wan Zack yang terpaksa dikeluarkan selepas pergelangan kaki terseliuh ketika cuba menahan asakan Jepun pada perlawanan yang berkesudahan dengan skuad negara tewas 2-0, kini berada di Slovakia bersama dua lagi rakan sepasukan, Irfan Fazail dan Fadhli Shas.

Kecederaan Wan Zack agak serius dan memerlukan rawatan lanjut dari kelabnya, ViOn di Slovakia, kata jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee yang kini tumpuannya terarah kepada mempersiapkan skuad Sukan SEA ke Jakarta.
Saya sudah menghubungi pihak pengurusan kelab di sana dan mereka sudah dimaklumkan mengenai kecederaan Wan Zack.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...