Tuesday, September 20, 2011

Devan letak jawatan jurulatih Selangor


SHAH ALAM 20 Sept. - K. Devan secara persetujuan bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan Merah Kuning berkuat kuasa semalam ketika anak buahnya masih ‘tersepit’ untuk memburu tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2011 dengan baki dua perlawanan Kumpulan D.

Dia membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2009 itu selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan FAS kelmarin sekali gus menamatkan kontraknya lebih awal daripada yang dijadualkan berakhir pada 30 November ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...