Monday, December 5, 2011

AUCMS taja skuad Pulau Pinang RM3j untuk dua tahun


KEPALA BATAS 5 Dis. – Pasukan Pulau Pinang, yang tercorot dalam Liga Perdana musim ini, akan diurus oleh institusi pendidikan perubatan terkemuka, Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), dengan tajaan RM1.5 juta setahun mulai musim depan.

Presiden AUCMS, Datuk Dr Zainuddin Wazir berkata, tempoh tajaan itu adalah selama dua tahun dengan pasukan negeri itu kini dikenali sebagai Pulau Pinang-AUCMS.

Pasukan Pulau Pinang yang hanya menang satu daripada 22 perlawanan dalam Liga Perdana musim ini kini dipajakkan oleh Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) kepada AUCMS.

"Kami akan menguruskan pasukan sepenuhnya, manakala isu berkaitan perkara-perkara dasar akan diuruskan oleh FAP,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara AUCMS dan FAP, di sini hari ini.

AUCMS diwakili Dekan Fakulti Sains Sukan, Dr Hamdan Mohd Ali, yang juga pengurus pasukan, manakala FAP diwakili Setiausaha Kehormatnya Datuk Mohd Ridzwan Bakar.

Dr Zainuddin berkata, selain wang, pihaknya turut menaja pegawai perubatan, ahli fisioterapi, klinik perubatan dan ahli fisio sendiri serta pentadbir yang berpengalaman untuk mengurus pasukan itu. – Bernama

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...