Khairi, 33 terpaksa diketepikan ketika Perak bertemu Harimau Muda A dalam saingan Liga Super, Selasa lalu kerana menjalani penggantungan automatik selepas mengutip kad kuning ketiga ketika bertemu Pahang di Kuantan pada 26 Februari lalu.
Selain Khairi, Perak juga kehilangan khidmat Mohd Hisyamudin Sha'ari untuk perlawanan dengan skuad Olimpik negara itu kerana cedera. Begitupun, Hisyamuddin, 24, belum dapat diturunkan kerana masih tercedera.
“Hisyam belum pulih tetapi Insya-Allah, Khairi akan diturunkan semula dalam usaha saya menurunkan barisan terbaik untuk menghadapi Sime Darby.
“Ketiadaannya Selasa lalu menjejas kemampuan benteng kami kerana pemain yang diturunkan baru pertama kali beraksi," katanya.
Norizan berkata, Perak memandang serius kejohanan kalah mati itu dan sehubungan itu berharap anak buahnya berusaha pencapaian terbaik dalam Piala FA musim ini.
Malah, Norizan tidak sekali-kali memandang mudah kemampuan lawan dikendalikan bekas pemain Selangor, Ismail Ibrahim itu yang sudah membuktikan kemampuan mereka dengan melepasi halangan pusingan pertama.
“Saya tidak tahu kemampuan sebenar Sime Darby. Namun, yang pasti pemain Perak perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan malam esok (ini).
“Jangan pandang mudah kemampuan lawan atau bersikap terlalu yakin kerana akan mengundang padah,” katanya. Jurulatih itu berharap anak buahnya mempamer semangat juang kental seperti ketika bangkit untuk seri 1-1 dengan anak buah, Ong Kim Swee, Selasa lalu.
No comments:
Post a Comment