Thursday, March 24, 2011

Dollah tagih komitmen, disiplin tinggi anak buah

AKSI di gelanggang luar bukanlah masalah yang ingin difikirkan Dollah Salleh sebaliknya perhatian ketua jurulatih Pahang itu lebih tertumpu kepada kaedah terbaik bagi membolehkan anak buahnya mengekalkan prestasi terbaik untuk mengharungi saingan Liga Super dan Piala FA musim ini.


Bekas pemain kebangsaan itu berkata, hanya komitmen dan disiplin tinggi pemain yang mampu memastikan Pahang terus bersaing sekali gus berada dalam kedudukan terbaik.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai aksi di tempat lawan kerana tumpuan kami mengekalkan prestasi semua pemain terutama melakar kejayaan bermakna dalam saingan Liga-M.




“Kejayaan layak ke separuh akhir Piala FA bonus buat pemain yang membuktikan mereka mampu mencipta kejayaan dan diharap prestasi itu berterusan hingga ke final.

“Aksi Liga Super juga menjadi keutamaan kerana separuh akhir Piala FA hanya berlangsung Mei ini,” katanya.


Pada aksi separuh akhir Piala FA, Pahang akan bertemu Terengganu selepas skuad kendalian Irfan Bakti itu menewaskan Perak dengan agregat 5-4. Namun, aksi dua pasukan dari Pantai Timur itu hanya berlangsung 13 Mei ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...