Monday, March 21, 2011

Irfan seru pemain fokus aksi liga

SKUAD Terengganu mempamerkan kebangkitan penuh bertenaga selepas menyingkirkan cabaran Perak dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin. 

Pada pertemuan kedua suku akhir itu, anak buah Irfan Bakti Abu Salim melangkah gagah ke separuh akhir hasil jaringan Reeshafiq Alwi, Abd Manaf Mamat dan Abd Hadi Yahaya untuk menjadikan kedudukan agregat 5-4 sehingga tamat perlawanan. 

Namun, Irfan Bakti ingin segera melupakan kejayaan menumpaskan Perak kerana masih banyak perlawanan perlu dilalui khususnya membabitkan aksi Liga Super yang dijangka bersambung awal April ini. 

“Kita lupakan dulu kempen Piala FA kerana saingan separuh akhir hanya bermula pada bulan Mei nanti.

“Kami akan bertemu Negeri Sembilan, di Seremban, pada 2 April sebelum menentang Pahang, 5 April dalam aksi liga,” katanya. 

Pengendali kelahiran Kelantan itu berkata, pemain diberi cuti rehat sebelum kembali menjalani latihan seperti biasa. 

“Pemain diberi cuti rehat, tetapi latihan tetap berjalan seperti biasa,” katanya. 

Pahang dijangka menjadi lawan skuad Peteh Ganu Peteh pada pertemuan separuh akhir Piala FA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...