HANYA Selangor yang dianggap sudah meletakkan sebelah kaki untuk ke separuh akhir saingan Piala FA apabila mendapat bekalan agak selesa tetapi calon bagi tiga slot lain mungkin perlu ditentukan di akhir perlawanan suku akhir kedua, Jumaat dan Sabtu ini.
Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menggunakan kemahirannya untuk meletakkan Kelantan di depan pada minit ke-70 tetapi tatkala keadaan memihak Kelantan, Liew Kit Kong menghampakan tuan rumah dengan gol penyamaan pada masa tambahan.
Pada babak kedua, anak buah Norizan Bakar meningkatkan asakan dan mendahului menerusi jaringan Md Fazrul Hazli pada minit ke-79 dan Akmal Rizal Rakhli meletakkan Perak dalam keadaan selesa dengan gol ketiga, tiga minit selepas itu tetapi barisan Irfan Bakti Abu Salim merapatkan jurang menerusi gol kedua Reeshafiq Alwi pada minit-minit terakhir.
GOL Norshahrul (dua dari kanan) belum cukup untuk menjamin Kelantan layak ke separuh akhir Piala FA, selepas seri dengan FELDA United dalam perlawanan Piala FA suku akhir pertama di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, malam tadi. |
No comments:
Post a Comment