Wednesday, March 23, 2011

Azraai terbaik: Aidil



“Azraai Khor Abdullah seorang jurulatih yang bagus.” Itulah antara pengakuan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak penyerang Hoben Jang Hoben yang juga bekas ketua pasukan kebangsaan. 

Menurutnya, walaupun belum menemui jurulatih baru skuad Rusa itu, Aidil tetap menaruh harapan tingi keupayaan Azraai mampu membimbing pasukan itu. 

“Jika kita melihat kembali rekod ketika beliau membimbing Kedah, mereka berjaya meraih gelaran hatrik pada musim 2006 hingga 2007 dan 2007 hingga 2008,” katanya. 

Pemain pertahanan kebangsaan itu berharap Azraai akan memberikan sentuhan magisnya ketika bersama Kedah untuk membantu pasukan Negeri Sembilan kali ini. 

Terdahulu, bekas jurulatih skuad Rusa, Wan Jamak Wan Hassan mengundurkan diri daripada membimbing skuad terbabit selepas prestasi buruk Negeri Sembilan kebelakangan ini. 

Azraai mengikat kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) selama dua tahun.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...