Saturday, March 19, 2011

Seladang tak gusar

PERAK tetap tenang apabila membuat perhitungan dengan Terengganu, pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini biarpun lawan menggunakan pelbagai helah menakutkan mereka.


Sebaliknya kapten Perak , Shahrulnizam Mustapha berkata, pelawat akan menggunakan segala kudrat untuk mempertahan kelebihan hasil kemenangan 3-2 di Ipoh, Selasa lalu.

Justeru, Shahrulnizam berkata, pemain Perak akan turun habis-habisan untuk memberi tentangan kepada anak buah Irfan bakti malam ini.“Kami hadir dengan tekad mempamer permainan terbaik. Bagi saya menyerang adalah pertahanan paling baik,” katanya.




Shahrulnizam yakin jika rakan sepasukan mampu melaksanakan perancangan dan mengkekalkan disiplin taktikal diterap ketua jurulatih Norizan Bakar , kejayaan pasti berpihak kepada Perak.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...