Saturday, March 26, 2011

Mencari harimau sejati

Rajagobal terus mencari pemain yang benar-benarlayak sarung jersi negara 

JURULATIH bola sepak ke­­bang­­saan, K Rajagobal mem­­ba­­wa anak buahnya ke Stadium Jalan Besar di Singapura bagi perlawanan persahabatan bertemu kelab Liga-S, Etoile FC dengan misi utama - mencari pemain yang benar-benar layak menyarung jersi negara.
“Menerusi perlawanan sebegini, saya akan dapat menilai sejauh mana kesungguhan seseorang pemain untuk mewakili negara.

“Jika hanya pada perlawanan penting saja baru mahu bersungguh-sungguh, mereka sebenarnya belum layak untuk bergelar pemain kebangsaan,” kata Rajagobal dalam misi mempersiapkan skuad kebangsaan bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...