Monday, March 21, 2011

Karathu puas hati

PENGENDALI skuad The Red Warriors, Datuk M Karathu (gambar) puas hati prestasi anak buahnya selepas berjaya menumpaskan Felda United 3-0 pada perlawanan kedua suku akhir Piala FA, malam kelmarin.
Dia memuji persembahan semua pemain apabila berjaya mengawal mental dengan baik walaupun bermain dalam tekanan untuk mencari kemenangan ke atas Felda.

“Saya lihat mental pemain begitu kuat untuk mencari kemenangan selepas hanya sekadar seri 2-2 pada perlawanan pertama.


“Dari awal, kami melancarkan serangan bertubi-tubi ke pintu gawang Felda dan mengawal hampir keseluruhan masa permainan,” katanya.

Kelantan layak ke separuh akhir dengan agregat 5-2 dan bakal berdepan Selangor.


Karathu berkata, dalam usaha mencari kemenangan, semua pemain begitu berdisiplin dan berjaya menunjukkan ‘karakter’ sebenar di atas padang.



“Gol pertama yang diperoleh pada babak pertama memberikan keceriaan kepada kami kerana Kelantan begitu memerlukan gol untuk ke separuh akhir.

“Selepas berjaya mendapatkan gol kedua, kami memperlahankan rentak bagi mengganggu tumpuan lawan dan mereka dilihat gagal menembusi pertahanan,” katanya.




Ditanya persiapan menentang Selangor, Karathu menegaskan, dia tidak terlalu bimbang.

“Kami pernah menumpaskan mereka awal musim ini. Kami akan membuat persediaan rapi bagi menghadapi perlawanan itu.


“Walaupun mungkin bermain di tempat lawan terlebih dulu, ia tidak memberi sebarang masalah dan kami masih ada masa untuk membuat persiapan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...