Saturday, March 19, 2011

Johor idam buat kejutan

TEMPOH awal 30 minit di babak pertama penting buat Johor sama ada mampu mencipta kejutan ke atas juara Piala FA 2009, Selangor pada pertembungan kedua suku akhir di Stadium Larkin, malam ini.


Walaupun Johor tercalar dek kekalahan 3-1 di tangan Gergasi Merah itu namun Azmi Mohamed tetap optimis betapa kesebelasan utamanya mampu bangkit seandai pemain mengikut arahan taktikal yang akan digunakan pada perlawanan itu.

Bekas penyerang Johor itu tidak menolak akan menggunakan khidmat Jazsarin Jamaluddin yang pulih dari kecederaan selepas pemain itu diketepikan pada aksi pertama sekali gus menguatkan kembali posisi tengah.




“Khidmat Jazsarin amat diperlukan terutama mengimbangi kekuatan jentera tengah Selangor dan bergandingan bersama Mohd Asuwad Md Arip selain mencorakkan gerakan pantas dalam usaha mencari gol awal.

“Pada masa ini, pemain Johor bersemangat dan saya yakin mereka bersedia mencipta kejutan. Tiada pemain cedera sekali gus memberi peluang buat saya membariskan pemain terbaik.


“Selangor adalah pasukan berpengalaman dan saya tidak mahu pemain terikut-ikut dengan corak permainan mereka sebaliknya beraksi tanpa tekanan dan anggap masih ada ruang untuk mencipta kemenangan,” katanya.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...