Tuesday, March 22, 2011

Azraai sah jurulatih baru Negeri Sembilan

Mohd Azraai Khor Abdullah

'RIBUT’ yang melanda Negeri Sembilan beberapa hari lalu sudah berakhir apabila Mohd Azraai Khor Abdullah diumumkan selaku ketua jurulatih baru skuad Hoben Jang Hoben untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa, semalam.

Bekas jurulatih Kedah dan skuad kebangsaan itu dipilih menggantikan Wan Jamak Wan Hassan dalam usaha memulihkan maruah tercalar selepas beberapa siri keputusan yang mengecewakan dalam Liga Malaysia.



Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) beranggapan rekod cemerlang Azraai sepanjang membimbing Kedah sebelum ini boleh mengembalikan semula kemantapan pasukan ke tahap asal seperti ditagih penyokong negeri.


Pengendali berusia 59 tahun itu meninggalkan skuad Kedah pada 2009 sebelum dilantik selaku jurulatih skuad Bawah 21 Tahun kebangsaan.

Tampaknya apa dinilai PBNS bukan semata-mata rekod Azraai di pentas antarabangsa, tetapi melihat dia memiliki sentuhan emas dalam pentas domestik yang terbukti apabila membimbing Kedah menjuarai gelaran hatrik pada musim 2006/2007 dan 2007/2008. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...