Wednesday, March 23, 2011

Wan Jamak nafi ke Johor FC

SELEPAS melepaskan jawatan sebagai jurulatih Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hassan mengakui ada menerima beberapa tawaran daripada beberapa persatuan dan kelab bola sepak namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. 

“Tipulah kalau saya katakan tidak ada sebarang tawaran. Cuma apa yang diminta mahukan jawapan terlalu cepat, Dalam masa sama banyak perkara yang harus saya selesaikan terlebih dulu,” katanya. 

Wan Jamak ketika diminta mengulas mengenai dakwaan mengenai penghijrahannya ke Johor FC, bekas jurulatih Hobin Jang Hobin itu menafikannya. 

“Cerita itu tidak benar sama sekali. Pandai-pandai saja. Memang kerja jurulatih adalah periuk nasi saya, tetapi saya tidak suka mengganggu periuk nasi orang lain. 

“Johor FC sudah mempunyai jurulatih mereka, jadi buat apa saya hendak kacau,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. 

Kini bekas jurulatih kebangsaan itu sedang sibuk menguruskan perpindahannya ke rumah baru di Bukit Indah, Nusajaya, Johor dan beberapa urusan lain yang belum selesai dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS). 

“Buat masa ini saya hanya mahu berehat dan utamakan keluarga dulu. Hal lain kita tunggu dan lihat sajalah. Tidak guna tamak,” katanya. 

Terdahulu Wan Jamak meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan pada 17 Mac lalu kerana berasa bertanggungjawab atas prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Super dan Piala FA musim ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...