Tuesday, March 29, 2011

Saat ghairah Harimau Muda

 KIM Swee (kiri) puas hati tahap kecergasan pemainnya.
KIM Swee (kiri) puas hati tahap kecergasan pemainnya.



Undian esok bakal beri gambaran hala tuju anak didik Kim Swee 

TEKA-teki pasukan mana bakal bertembung skuad negara pada pusingan kedua kelayakan Olimpik nanti, bakal terjawab apabila undian dilakukan di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), di Bukit Jalil, esok.
Siapa pun lawannya, skuad kendalian Ong Kim Swee terpaksa menerima hakikat yang cabaran menanti mereka cukup besar. Malaysia yang diletakkan dalam kelompok kedua, akan diundi bertemu salah satu daripada 12 pasukan terbaik Asia.


“Kami tidak boleh mengharapkan tuah undian kerana setiap 12 pasukan diletakkan dalam kelompok pertama itu semua mempunyai kekuatan tersendiri,” kata Kim Swee yang kembali mendapat skuad penuh selepas lima pemainnya kembali daripada perlawanan persahabatan di Singapura. 

“Apa yang boleh kita lakukan ialah membuat persiapan rapi bagi menangani kekuatan berbeza pasukan yang akan ditemui pada pusingan kedua nanti. Jadi saya akan jadikan pertemuan Liga Super dengan Kelantan pada 1 April sebagai medan ujian untuk mencuba strategi baru. 

“Bagi saya Kelantan pasukan yang baik dan perlawanan ini tiba tepat pada masanya buat Harimau Muda A yang rata-rata pemainnya turut membarisi skuad Olimpik negara.” Kim turut berpuas hati dengan tahap kecergasan pasukannya, kecuali Mohammad Muslim Ahmad yang mengalami kecederaan ringan ketika menentang Etoile FC Sabtu lalu. 

“Muslim tidak menjalani latihan hari ini (semalam) kerana masih cedera selepas perlawanan di Singapura,” kata Kim Swee. “Kami akan melihat perkembangannya dalam beberapa hari ini dan jika dia tidak dapat diturunkan, saya mempunyai Amir Saidin untuk mengisi tempatnya.” 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...