Wednesday, March 23, 2011

Irfan fokus perkukuh kedudukan Liga Super

TERENGGANU kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan dalam persiapan menghadapi Liga Super dengan misi mencapai kemenangan.
Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salam berusaha gigih menurunkan ilmu agar anak buahnya benar-benar hebat dan digeruni lawan.

Beliau berkata, walaupun Terengganu mara ke separuh akhir Piala FA, dia melupakan seketika pertemuan dengan Pahang, Mei ini kerana mahu memberi tumpuan penuh kepada Liga Super agar anak buahnya mampu memberi cabaran lebih hebat.


Pada 2 April ini, Terengganu akan bertemu Negeri Sembilan yang mendapat jurulatih baru, Mohd Azraai Khor Abdullah selepas Wan Jamak Wan Hassan meletak jawatan, Khamis lalu.

Irfan tidak memandang mudah pertemuan itu dan sebab itu dia berusaha gigih membentuk anak buahnya menjadi pemain hebat.


“Saya membaiki kelemahan ketara terutama di barisan pertahanan supaya lebih kemas dan sukar dibolosi serangan lawan,” katanya.



Beliau berkata, jika masalah itu diatasi, gawang Terengganu pasti terselamat daripada dibocori lawan.

Menurutnya, barisan pertahanan diketuai Marzuki Yusof yang berganding bersama Helmi Remli, Mazuzam Mohamad dan Mohd Zubir Mohd Azmi menunjukkan peningkatan tetapi perlu dibentuk lagi supaya menjadi benteng teguh.




Katanya, bahagian tengah dikemudi Joseph Kalang Tie bersama Reehafiq Alwi terbukti mampu memainkan peranan dengan baik dan bertindak membuat hantaran tepat kepada barisan serangan bagi memudahkan melakukan jaringan gol.

Irfan Bakti berkata, Mohd Sharbinee Allawee Ramli kekal penjaga gol utama Terengganu berdasarkan pengalamannya bersama skuad kebangsaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...