Monday, March 21, 2011

Kemaraan Seladang disekat Penyu

HASRAT Seladang meneruskan rentak kecemerlangan dalam saingan bola sepak Piala FA terbantut setelah tewas kepada Terengganu menerusi agregat 5-4 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin. 

Sekalipun skuad kendalian Norizan Bakar itu membawa bekalan 3-2 hasil kemenangan pertama di Ipoh, namun itu tidak memadai untuk membantu Perak mara ke peringkat separuh akhir, kali ini. 

Norizan berkata, segala peranca-ngan pasukannya serba tidak menjadi dan mereka akur dengan kekalahan kepada wakil Pantai Timur itu. 

Menurutnya, terkeluarnya pasu-kan Perak dalam saingan Piala FA kelmarin bukan menandakan pengakhiran perjuangan mereka musim ini. 

“Apa yang dirancang tidak menjadi, namun itu tidak bermakna satu pengakhiran untuk pasukan Perak kali ini,” katanya. 

Jaringan Reeshafiq Alwi, Abd Manaf Mamat dan Abd Hadi Yahaya memastikan kemaraan skuad Penyu untuk bertemu Pahang dalam saingan separuh akhir. 

Bagaimanapun, Perak berjaya membalas satu gol melalui Akmal Rizal Rakhli, namun sudah terlewat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...