SELEPAS tekanan pelbagai pihak terutama pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) susulan prestasi hambar skuad Liga Super, ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, menghantar surat peletakan jawatannya, semalam
Baginya tindakan itu adalah jalan terbaik kerana mengakui berasa bertanggungjawab di atas kemerosotan skuad Hoben Jang Hoben yang mengalami empat kekalahan daripada lapan perlawanan Liga M setakat ini termasuk tersingkir dalam saingan Piala FA.
“Saya menghantar surat memohon meletakkan jawatan pagi ini (semalam) kerana rasa bertanggungjawab di atas kemerosotan pasukan dan akur dengan kehendak pengurusan walaupun saya akui, masih ada ruang untuk meningkatkan kembali prestasi kerana saingan Liga Super masih di peringkat awal.
“Demi kepentingan pasukan, adalah lebih baik saya berundur bagi memberi laluan kepada pengurusan mengambil tindakan dan memperbaiki keadaan,” katanya semalam.
Wan Jamak adalah jurulatih ketiga skuad Liga Super yang mengosongkan jawatan selepas Perlis menyingkirkan Mosthakeen Omar dan Kedah merehatkan Ahmad Yusoff tatkala saingan Liga-M baru berusia tidak sampai tiga bulan.
Wan Jamak, bekas pengendali kebangsaan dari Johor itu yang merencana kejayaan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2009 dan Piala FA 2010, menyifatkan langkah yang diambilnya dapat memuaskan semua pihak demi memastikan prestasi Negeri Sembilan kembali di landasan terbaik apabila saingan liga bersambung 2 April ini.

No comments:
Post a Comment