Irfan berkata, kelincahan Mohd Ashari ditagih bagi membantu skuad Penyu layak ke separuh akhir selepas tewas 2-3 kepada lawan pada perlawanan pertama di tempat lawan.
“Pengalaman dan kelincahan penyerang berasal dari Marang itu diperlukan untuk membawa pasukan ke pentas final selepas tersekat di tangan Kedah pada separuh akhir musim lalu.
“Saya yakin, penyudah berbisa dimiliki penyerang tinggi lampai ini mampu membantu kami selesa ke separuh akhir dan seterusnya memenuhi misi pengurusan untuk merampas kembali piala yang kali terakhir dimenangi 11 tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, ketajaman Mohd Ashari terbukti apabila muncul penjaring terbanyak musim lalu dan pada musim ini sudah mengumpul lima jaringan.
Katanya, keupayaan pemenang kasut emas musim lalu itu pasti memberi tekanan kepada lawan dan berharap gandingannya dengan Abd Manaf Mamat dan Abd Hadi Yahya, mampu menghadirkan keceriaan buat peminat setia.
No comments:
Post a Comment