Sunday, March 27, 2011

Saingan setiap pasukan lebih kompetitif

SELEPAS mengharungi kempen Piala FA, semua pasukan dalam saingan Liga Super akan kembali beraksi 2 April ini. 

Waktu rehat selama seminggu itu sudah pasti digunakan jurulatih untuk mengenal pasti serta membaiki kelemahan yang ada pada pasukan. 

Malah, ada persatuan bola sepak negeri sudah melantik jurulatih baru walaupun saingan Liga Super baru melepasi tujuh perlawanan. 

Misalnya, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) melantik Mohd Azraai Khor Abdullah menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang meletak jawatan 17 Mac lalu. 

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) pula sedang mengintai jurulatih baru yang sesuai membimbing pasukan berkenaan yang prestasinya terumbang-ambing ketika ini. 

Apa pun, Liga Super yang bakal bersambung dalam masa enam hari lagi sudah pasti menjanjikan saingan lebih kompetitif berikutan prestasi mendadak beberapa pasukan seperti Pahang, Felda United dan Perak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...