Wednesday, March 30, 2011

Impi kembali ke Olimpik

pix_gal0
Add caption



KALI terakhir Malaysia beraksi di Sukan Olimpik ialah 39 tahun lalu dan hari ini 'impian lama' itu akan kembali menggamit minda skuad bola sepak negara apabila undian bagi pusingan kedua dilakukan, hari ini. 

Selain itu, undian bagi kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil juga akan diadakan jam 3 petang ini di ibu pejabat Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil dan jurulatih skuad Harimau Malaya, K Rajagobal juga akan dapat mengetahui siapa bakal pencabar mereka apabila undian bagi pusingan pertama dan kedua akan ditentukan.


Malaysia tidak pernah layak ke pusingan akhir sejak bertan-ding dalam peringkat kelayakan pada 1974.
Apapun, Rajagobal bersikap lebih realistik apabila bersuara mahu berpijak di bumi nyata dengan hanya meletakkan sasaran layak ke Piala Asia 2015. 

Sementara itu, bagi Ong Kim Swee, cabaran lebih besar menanti skuad Olimpik apabila bakal diundi bertemu salah satu daripada 12 pasukan terbaik Asia - Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Selatan, Syria, Lubnan atau Uzbekistan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...