Monday, March 21, 2011

Amri menjadi

KECEMERLANGAN kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah yang semakin berbisa di hadapan gol nyata menggembirakan jurulatihnya K Devan yang tercari-cari pengganti bekas penyerang utamanya, Mohd Safee Sali yang berhijrah ke Indonesia.


Pemain berusia 30 tahun itu sudah kembali mendapat rentak apabila meledak dua gol ketika menewaskan Johor di suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, kelmarin selepas turut menjaringkan satu gol ketika aksi pertama di Stadium Shah Alam.

“Sentuhan penyudah Mohd Amri antara kunci kejayaan Selangor mara ke separuh akhir Piala FA musim ini selain fokus yang tinggi di kalangan pemain lain,” kata Devan ketika dihubungi semalam.




Menurut Devan pada perlawanan itu, pemain yang sebelum ini mengetuai jentera tengah itu semakin serasi berada di jentera serangan bergandingan dengan Mohd Rudie Ramli.

Selangor mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2 menyingkirkan Johor untuk bertemu Kelantan yang turut menghampakan Felda United dengan agregat sama.


Devan bagaimanapun mahu segera melupakan kejayaan itu kerana saingan Piala FA hanya bersambung pada pertengahan Mei ini.





“Saya mahu pemain kembali memberikan tumpuan kepada Liga Super kerana mereka terpaksa mengharungi sembilan perlawanan pada April dan berharap Selangor akan terus mempamerkan peningkatan terutamanya dengan kehadiran dua pemain yang cedera sebelum ini, Mohd Bunyamin Omar dan Mohd Fadzli Shaari.

“Yang penting saya perlu bijak mengatur pemain yang diturunkan agar mereka sempat pulih terutamanya dari segi kecergasan dan bersedia sepenuhnya untuk memberikan aksi terbaik,” katanya.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...