Wednesday, March 23, 2011

Malaysia tak dapat bye

ANDAI laporan berita di laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), www.fifa. compada Sabtu lalu diambil kira, Malaysia akan mendapat bye pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014.
Menurut laporan berita bertajuk Asian Zone to play preliminary round for Brazil 2014 itu, aksi pusingan pertama pada 29 Jun dan 3 Julai depan hanya melibatkan 14 pasukan ranking terendah di Asia (kedudukan ke-30 hingga ke-43).
Situasi itu menyaksikan Malaysia boleh menarik nafas lega kerana berada di ranking ke-28 Asia.
Selepas itu, tujuh pemenang perlawanan pusingan pertama itu akan layak ke pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai depan, menyertai 25 pasukan lain yang berkedudukan di ranking kelima hingga ke-29.
Hanya empat pasukan teratas Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Australia dan Korea Utara mendapatbye pusingan pertama dan kedua untuk terus mara auto- matik ke saingan kelayakan pertama peringkat kumpulan membabitkan 20 pasukan terbaik.
Namun, hasrat untuk menyaksikan Malaysia mendapat bye dan layak terus ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan bahawa Malaysia masih perlu mengharungi pusingan pertama.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi Kosmo! berkata, laporan berita di laman web FIFA itu tidak begitu tepat kerana sebenarnya 16 pasukan ranking terendah perlu beraksi pada pusingan pertama.
"Saya baru saja terima faks daripada AFC (Konfe- derasi Bola Sepak Asia) yang mengesahkan bahawa Malaysia akan beraksi pada pusingan pertama dan kami perlu hadir majlis undian pada 30 Mac (Rabu depan).
"Laporan laman web FIFA itu menyatakan 14 pasukan ranking terendah tetapi sepatutnya 16 pasukanranking terendah (ranking ke-28 hingga ke-43).
"Malangnya Malaysia berada di ranking ke-28, maka kita perlu juga mengha- rungi pusingan pertama dan tidak mendapat bye," kata Azzuddin.
Ia sekali gus menamatkan spekulasi bahawa Malaysia akan mendapat bye pusingan pertama.
Berdasarkan 16 pasukan pada senarai ranking terendah Asia itu, Malaysia boleh diundi bertemu sama ada Afghanistan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Palestin, Timor Leste, Macau, Taiwan, Myanmar, Filipina atau Laos pada pusingan pertama.
Andai layak ke pusingan kedua, Malaysia akan berdepan salah satu pasukan di ranking kelima hingga ke-27 iaitu Bahrain, Arab Saudi, Iran, Qatar, Uzbekistan, UAE, Syria, Oman, Jordan, Iraq, Singapura, China, Kuwait, Thailand, Turkmenistan, Lebanon, Yemen, Taji- kistan, Hong Kong, Indonesia, Kyrgyzstan, Maldives dan India.
SKUAD bimbingan Rajagobal akan menghadapi kelab Perancis, Etoile FC pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura,Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...