PERTEMBUNGAN antara Kelantan dan Felda United pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini bakal menjanji- kan aksi sengit dan dramatik.
Ini kerana, kedua-dua pasukan mempunyai misi yang penting untuk dilaksanakan iaitu memburu kemenangan mutlak bagi memastikan satu slot ke separuh akhir Piala FA menjadi milik mereka.
Aksi malam ini tampak berpihak kepada Felda United apabila mereka memperoleh bekalan dua gol selepas berjaya mengikat Kelantan seri 2-2 pada aksi suku akhir pertama di stadium yang sama Selasa lalu.
Kelantan yang turun selaku 'pasukan pelawat' pastinya mahu menggunakan kesempatan beraksi di kandang sendiri sebaik mungkin untuk memastikan mereka layak ke pusingan seterusnya.
Kombinasi Mohd. Badhri Radzi dan Nurul Azuwan Roya pasti ditagih Kelantan untuk mengemudi jentera tengah bagi memu- dahkan tugas penggempur, Nor- shahrul Idlan Talaha untuk menjaringkan gol.
"Kita tidak perlu memikirkan sangat kelebihan dua gol yang di- miliki mereka (Felda United). Saya dan rakan-rakan menganggap keputusan masih 0-0. Jadi kita akan turun dengan satu matla- mat iaitu mahu mencatatkan kemenangan.
"Tekanan tetap ada kepada kita kerana mereka hanya mahu mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan malam esok (ini).
"Kita perlu berjuang habis-habisan dan saya berharap kita jangan terlampau leka terutama pada minit-minit akhir perlawanan," kata Badri semalam.
Tambahnya, apa yang penting rakan-rakan sepasukannya perlu memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki dengan menterjemahkannya menerusi jaringan gol.
"Berdasarkan pemerhatian saya, Felda United menggunakan kelebihan hantaran lintang untuk menjaringkan gol pada perlawanan terdahulu.
"Jadi kita perlu menutup ruang, jangan bagi pemain mereka melakukan hantaran tersebut.
"Saya berharap benteng pertahanan kita bekerja keras bagi memperbaiki kelemahan tersebut.
"Dalam perlawanan lalu, kita memang mempunyai banyak peluang, namun gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment