Wednesday, March 23, 2011

Tekad ubah nasib Hoben Jang Hoben

KETUA jurulatih baru skuad Rusa, Mohd Azraai Khor Abdullah (gambar) tekad memperbaiki prestasi pasukan Hoben Jang Hoben selepas mengikat kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) berkuat kuasa kelmarin. 

Menurutnya, Negeri Sembilan memiliki gandingan pemain lama yang berpengalaman dan muka baru yang berbakat. 

”Pada pandangan saya, pasukan ini boleh pergi lebih jauh sekiranya dilatih secara taktikal dengan teratur dan mantap. 

”Malah, skuad Rusa mencatat kejayaan membanggakan dalam arena bola sepak tanah air sejak beberapa tahun lalu,” katanya. 

Azraai berkata, sikap serius dalam mengejar kejayaan perlu ditunjukkan barisan kepimpinan PBNS terutama Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi satu faktor utama beliau berminat membimbing Negeri Sembilan. 

“Saya dapat lihat sendiri beliau (Mohamad) selalu meluangkan masa menyaksikan perlawanan di stadium dan mengambil berat terhadap pasukan,” katanya. 

Bagi melaksanakan tekadnya pengendali berusia 59 tahun itu akan berbincang dengan semua pegawai pasukan dan pemain bagi merangka strategi memantapkan prestasi skuad Negeri Sembilan. 

Difahamkan, semua pemain akan mengikuti kem motivasi selama tiga hari bagi mengembalikan semula semangat pasukan. 

Reputasi unggul pasukan Negeri Sembilan sedikit tercemar musim ini apabila sekadar menduduki tangga ke sembilan Liga Super malah tersingkir awal dalam saingan Piala FA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...