SELEPAS aksi hambar pada Liga Super sehingga menyaksikan Ketua Jurulatih Kedah Ahmad Yusof direhatkan, kini pemain Kedah kembali menumpukan perhatian dalam usaha meningkatkan kembali prestasi Hijau Kuning.
Pemain tengahnya, Ahmad Fauzi Saari mengakui ketika ini pemain ingin melupakan isu yang timbul dan meneruskan rutin seperti biasa.
“Pasukan tidak berdepan dengan sebarang masalah, kami sebagai pemain akan tetap menjalankan tugas diamanahkan majikan seperti biasa.
“Malah, dengan jurulatih (Ahmad) pun kami tiada masalah cuma kami sedih dia tidak bersama kami sekarang yang lain saya enggan ulas” katanya.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menyenarai pendek beberapa calon berpotensi untuk memikul tanggungjawab sebagai pengendali baru skuad Hijau Kuning. Bagaimanapun, perbincangan lanjut mengenai siapakah yang bakal membimbing pasukan itu masih belum dibuat.
Antara nama dikaitkan dengan Kedah, Robert Rene Alberts yang pernah membimbing skuad Kenari pada tahun 1992 sehingga 1995.
No comments:
Post a Comment