Wednesday, March 23, 2011

Perlis intai pemain baru

PERLIS memerlukan sekurang-kurangnya lima pemain baru yang berpengalaman bagi mantapkan cabaran mengharungi kempen pusingan kedua Liga Super bermula 2 April ini.
Ketua Jurulatih, Salim Tofel Mohamad berkata, setakat ini hanya dua pemain sudah dikenal pasti dan dijangka memiliki peluang cerah disenaraikan bagi menyarung jersi skuad Singa Utara itu.

Bekas tonggak pertahanan tengah skuad Perlis era 70-an itu belum bersedia mendedahkan nama pemain terbabit serta pasukan yang pernah diwakili pada kempen Liga Super sebelum ini.


“Selepas membuat kajian menyeluruh, saya dapati barisan sedia ada tidak memiliki keupayaan memberikan cabaran.

“Justeru, kami tidak punya pilihan selain membuka pintu kepada kemasukan tenaga baru terutama pemain berpengalaman bagi mengembalikan kekuatan pasukankembali ke status elit,” katanya.


Salim berkata, kegagalan barisan muda memberikan aksi memberangsangkan penyebab utama pendekatan itu diambil.



“Kami sudah membawa masuk lima pemain yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan Liga Super dan Liga Perdana sebelum ini untuk diuji. Bagaimanapun, hanya dua yang dilihat menunjukkan prestasi meyakinkan,” katanya.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...