SELEPAS memberikan sumbangan terbaik sepanjang musim ini hingga mampu membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia, pemain yang boleh beraksi dalam posisi berlainan, Shahurain Abu Samah (gambar), bertekad untuk meneruskan aksi cemerlang sepanjang musim depan bagi meneruskan kecemerlangan pasukan.
Menurut pemain yang sinonim dengan panggilan ‘kecik’ itu, walaupun musim depan bakal menyaksikan kelibat pemain import namun dia yakin reputasinya selaku pemain sayap kanan dan penyerang harapan tidak akan terjejas.
“Saya akan tetap berusaha memberikan persembahan terbaik sepertimana musim ini setiap kali diturunkan dalam perlawanan kerana ia adalah matlamat dan prinsip saya setiap kali beraksi di padang.
“Kehadiran pemain import tidak akan menjejaskan prestasi saya selama ini yang turut menggalas cabaran di barisan depan malah akan terus berusaha untuk berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan serta memberikan sumbangan terbaik untuk kejayaan pasukan.
“Saya percaya akan terus mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, untuk berada dalam kesebelasan utama,” katanya semalam.
Pemain berusia 25 tahun itu antara tonggak utama Negeri Sembilan musim ini apabila sentiasa mendapat kepercayaan Azraai untuk menerajui barisan depan, bergandingan dengan Hairuddin Omar, malah kelibatnya lebih menyerlah hingga menengelamkan penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani.
No comments:
Post a Comment