Thursday, September 8, 2011

Perak ditimpa malang


AKMAL Rizal (kiri) antara pemain Perak yang bakal terlepas aksi awal saingan Piala Malaysia musim ini.




SKUAD Seladang berdepan situasi yang amat getir untuk meneruskan kempen Piala Malaysia yang bermula kelmarin apabila lima pemain utamanya tetap digantung tujuh perlawanan.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin memberitahu bahawa Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengekalkan hukuman tersebut yang dijatuhkan pada 18 Julai lalu.
Selain mengekalkan hukuman penggantungan itu, Abdul Aziz berkata, setiap pemain berkenaan turut didenda sebanyak RM4,000.
Jawatankuasa tersebut telah memanggil kelima-lima pemain Perak itu dalam satu pertemuan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Sebelum ini, ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapa bersama-sama penjaring terbanyak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli; penjaga gol utama, Mohd. Nasril Nourdin; tonggak utama bahagian tengah, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff digantung tujuh perlawanan dan masing-masing didenda sebanyak RM4,000.
Kelima-lima tonggak utama skuad Seladang tersebut digantung dan didenda kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pegawai perlawanan selepas perlawanan Liga Super menentang Sabah di Stadium Lumut pada 19 Mei lalu.
“Hukuman tersebut berkuatkuasa hari ini (semalam),'' jelas Abdul Aziz yang turut hadir di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.
Kelima-lima pemain berkenaan dibenarkan beraksi dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia kelmarin.
Namun begitu, Perak hanya menurunkan Shahrulnizam, Akmal Rizal dan Mohd. Nasril dalam perlawanan menentang Sabah di Kota Kinabalu.
Perak dan Sabah mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...