Friday, September 9, 2011

Perak tagih bisa pemain muda


IPOH - Perak tiada pilihan selain menyandarkan harapan kepada gandingan pemain muda apabila menentang Johor di laman sendiri esok, setelah lima pemain tonggak mereka digantung lima perlawanan.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, jurulatih Norizan Bakar sedang mengenal pasti pemain yang akan diturunkan nanti.

"Tindakan menurunkan pemain muda terpaksa dibuat berikutan lima tonggak utama skuad Seladang digantung tujuh perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.

Hukuman tersebut kekal setelah jawatankuasa tersebut berjumpa dengan lima pemain tersebut di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.

Pemain yang digantung ialah ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapa; penjaring terbanyak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli; penjaga gol, Mohd. Nasril Nourdin; pemain tengah, Mohd. Syazwan Roslan; dan Azmeer Yusoff yang digantung tujuh perlawanan dan didenda RM4,000 pada 18 Julai lalu.

Mereka dikenakan hukuman itu kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan pada aksi Liga Super dengan Sabah di Stadium Lumut pada 19 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...