Monday, October 3, 2011

Tugas berat menanti Hamidin


PETALING JAYA - Memenangi sesuatu kejuaraan adalah lebih mudah daripada mempertahankannya, akui pengurus skuad bola sepak Sukan SEA Palembang 2011, Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelang temasya tersebut bulan depan.

Semalam adalah penampilan pertama Hamidin sebagai pengurus pasukan bawah 23 tahun negara dalam perlawanan persahabatan menentang skuad senior di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyaksikan pasukannya tewas 0-3.

Menurut Hamidin, beliau sudah mendapat sedikit gambaran dan akan melakukan kerja rumah bersama pegawai dan pemain selepas ini dalam usaha mempertahankan pingat emas Sukan SEA yang dimenangi oleh pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal di Laos 2009.

"Sekarang ini kita mempunyai 46 pemain bawah 23 tahun dan hanya 20 terbaik akan di bawa ke Sukan SEA, jadi kita tidak boleh tersilap membuat percaturan dan ia tugas berat buat saya dan jurulatih, Ong Kim Swee," katanya.

Jelasnya, mereka hanya mempunyai tempoh sebulan sahaja sebelum melakukan persiapan dengan menyertai beberapa perlawanan persahabatan termasuk Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dari 17- 24 Oktober ini.

"Kita memang memandang serius persediaan untuk ke temasya tersebut dan sasaran skuad ini adalah untuk mara ke final terlebih dahulu,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...