Saturday, October 1, 2011

Zaquan tak sabar gegar


“DOKTOR kata kecederaan saya sudah pulih sepenuhnya dan boleh beraksi semula. Mungkin saya boleh diturunkan pada saingan suku akhir Piala Malaysia. Ia suatu perkembangan yang amat saya tunggu selepas lebih enam bulan tidak dapat beraksi,” kata penyerang Negeri Sembilan, Mohd Zaqua, semalam.

Zaquan yang mengalami kecederaan lutut serius Oktober tahun lalu hingga memaksanya berehat panjang menemui doktor di sebuah pusat perubatan swasta di Seremban baru-baru ini untuk mendapatkan pengesahan mengenai tahap kecederaannya itu dan pakar perubatan terbabit mengesahkan ia sudah pulih.

Katanya, walaupun sudah menyertai latihan ringan sejak lebih sebulan lalu, dia tidak berpeluang berada dalam senarai kesebelasan utama kerana perlu mengambil masa untuk mencapai tahap kecergasan terbaik.


Saya sudah menyertai latihan bersama pasukan tetapi tidak disenaraikan pada saingan sebenar kerana ketua jurulatih (Mohd Azraai Khor Abdullah) perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor terlebih dulu terhadap tahap kecergasan saya.

“Pengesahan diberikan doktor memberi peluang kepada saya untuk berada dalam senarai kesebelasan utama pada ketika kempen Piala Malaysia musim ini sudah semakin ke penghujungnya.

“Saya harap dapat menyumbang sesuatu yang positif ke arah memacu kejayaan pasukan menjelang cabaran getir pada peringkat suku akhir dan seterusnya melangkah lebih jauh dalam memburu kejuaraan trofi berprestij itu,” katanya semalam.



Adik kembar Mohd Aidil Zafuan itu bagaimanapun mengaku perlu bersaing dengan pemain lain untuk berada dalam senarai utama dan bukan saja perlu membuktikan dari segi komitmen tetapi tahap kecergasan terbaik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...