Wednesday, September 7, 2011

Kafa bengang PSK naik kadar sewa stadium


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) menganggap jumlah kenaikan kadar sewa baru yang dikenakan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bagi penggunaan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sehingga mencecah hampir 100 peratus menambahkan bebanan kewangan persatuan itu.

Naib Presiden, Rosmadi Ismail berkata, kadar sewa bagi penggunaan padang dan lampu limpah untuk sesi latihan dan perlawanan pada waktu malam yang dikenakan RM650 sebelum ini dinaikkan kepada RM1,200 berkuat kuasa pada 3 Ogos lalu.

Katanya, dengan kadar baru itu, Kafa terpaksa mengeluarkan belanja lebih besar memandangkan Kelantan menggunakan kemudahan stadium itu untuk berlatih pada waktu malam sepanjang Ramadan lalu.


“Saya terkejut dengan kadar baru sewa penggunaan padang dan lampu limpah bagi sesi latihan dan perlawanan pada waktu malam di stadium ditambah kepada RM1,200 berbanding RM650 sebelum ini.

“Saya harap PSK dapat mempertimbangkan semula kadar baru itu kerana ia terlalu tinggi dan membebankan Kafa, terutama ketika tumpuan perbelanjaan lebih perlu digunakan untuk persiapan pasukan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia,” katanya.

Rosmadi berkata, Kafa menerima surat mengenai kenaikan kadar sewa baru yang diputuskan PSK menerusi faksimili kepada pejabat Kafa pada 11 Ogos lalu.



Sehubungan itu, beliau berharap pihak PSK memahami beban kewangan perlu ditanggung Kafa, kerana kenaikan kadar baru sewa itu naik hampir 100 peratus.

Sementara itu, Setiausaha PSK, Azi Rahimee Mohamed mengakui memang ada keputusan dibuat Ahli Majlis PSK pada 3 Ogos lalu yang mencadangkan kenaikan kadar baru sewa kerana menganggap ia sudah lama tidak dinaikkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...