Wednesday, September 7, 2011

Pahang perlu import jurulatih luar


PERSATUAN Bola Sepak Pahang (PBNP) perlu berani bertindak menukar jurulatih tempatan sedia ada kepada import sekiranya ingin mengembalikan imej skuad Tok Gajah yang tercalar beraksi pada Liga Perdana musim depan.

Bekas pemain negara, Datuk Jamal Nasir Ismail, berkata jurulatih tempatan yang membimbing Pahang dilihat masih cetek dari segi pengalaman selain ketandusan idea hingga gagal membentuk pasukan yang mantap musim ini. “Saya bukan berniat memperkecilkan tugas jurulatih yang ada tetapi sebagai bekas pemain negara dan negeri banyak kelemahan dapat dilihat menjurus kepada kemerosotan mendadak skuad Tok Gajah musim ini.

“Peranan jurulatih bukan saja tertumpu kepada mengadakan latihan dan mengatur corak permainan setiap perlawanan tetapi turut bertanggungjawab menilai keupayaan pasukan lawan, melahirkan idea baru serta pelbagai perkara lain. “Jurulatih tempatan tidak mampu memikul tanggungjawab yang dianggap berat itu, akhirnya pasukan yang dibimbing kecundang,” katanya yang pernah melatih skuad Tok Gajah pada musim 1987 dan 1988.


Jamal berkata, kini sudah tiba masa PBNP mengambil jurulatih import yang pernah dilakukan sebelum ini jika ingin mengembalikan semula imej pasukan yang tercalar selepas terhumban ke Liga Perdana musim depan. Dia yang 18 tahun beraksi untuk Pahang dalam kancah Piala Malaysia, berkata, pengurusan PBNP perlu berani melakukan perubahan sekiranya ingin melihat skuad Tok Gajah berada pada landasan sebenar.

Musim 2010 menjadi titik hitam PBNP apabila bakal tercatat dalam sejarah bola sepak profesional negara apabila skuad Tok Gajah selaku juara Liga Super 2004 akan beraksi dalam Liga Perdana selepas menduduki tangga kedua tercorot Liga Super.

Jamal berkata, selain faktor jurulatih ketiadaan pemain berkualiti juga turut mengundang kepada prestasi buruk pasukan Pahang sejak kebelangan ini.



“Persatuan bola sepak daerah gagal memainkan peranan mencungkil bakat baru dengan alasan ketiadaan sumber kewangan, akibatnya pasukan negeri terpaksa menggunakan khidmat muka lama dan pemain luar.

“Pembangunan bola sepak di peringkat negeri termasuk negara bukan dipikul satu atau dua individu saja, sebaliknya digalas semua pihak terutama membabitkan ahli jawatankuasa persatuan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...