Wednesday, December 7, 2011

NS sambar empat pemain muda


SELAIN diperkuat dua pemain import, Negeri Sembilan yang menjulang kejuaraan Piala Malaysia musim ini, turut diperkukuh empat pemain muda tempatan, sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan yang dijadual bermula 7 Januari.

Mereka ialah dua bekas pemain Kuala Lumpur, Mohd Nazrin Nawi dan Norismaidham Ismail selain bekas pemain Kedah, Ahmad Shakir Md Ali serta bekas pemain Felda United, Rashid Mamud.

Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah (gambar) berkata, keempat-empat pemain melengkapkan keseluruhan anggota yang diperlukan skuad itu, selepas lima pemain musim ini berhijrah ke pasukan Tentera.

Menurutnya, pihaknya berharap pemain muda terbabit dapat memberikan sumbangan berkesan kepada pasukan terutama mempertahankan reputasi selaku pasukan elit yang pernah menjulang trofi keagungan bola sepak negara.

“Melihat kepada persembahan mereka dalam saingan Liga M musim ini, mereka antara pemain yang diyakini mampu memperkukuhkan pasukan dalam mengharungi saingan musim depan.

“Saya harap mereka memupuk persefahaman padu dengan barisan pemain yang masih kekal termasuk dua pemain import pasukan,” katanya.

Dua pemain import yang dipilih ialah Jean Emma Namuel Effa Owona dari Cameroon dan Marquen Seirra dari Brazil.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...