Wednesday, December 7, 2011

Timba ilmu awang import


KETUA Jurulatih Kelantan, Peter James Butler mahu pemain muda pasukan utama Kelantan belajar dan menimba pengalaman daripada pemain import, terutama bagi mempertajam mutu persembahan dan kemahiran mereka.

Jurulatih berusia 45 tahun berasal dari England itu memuji pemain muda yang mampu mempamerkan aksi meyakinkan.

Beliau mengaku kehadiran tiga pemain import, Emmanuel Okine dan Denny Antwi dari Ghana serta penyerang kebangsaan Lubnan, Mohamed Ghaddar mampu membantu pasukan Kelantan musim depan.

“Saya miliki ramai pemain berbakat bagi menghadapi saingan Liga M musim depan, termasuk penyerapan beberapa pemain muda dari skuad Piala Presiden,” katanya.

Pemain skuad Piala Presiden yang diserap adalah Mohd Izuan Solahuddin, Khairul Izuan Rosli, Mohd Aris Zaidi, Mohd Syazwan Yusoff, Nik Mohd Shahrul Azim dan Butler turut puas hati dengan kualiti yang dipamer pemain importnya, terutama Ghaddar.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...