Thursday, April 5, 2012

Hadiah buat Presiden Kafa


Harian Metro

SKUAD Red Warriors memberi suntikan semangat kepada Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang digantung 2 tahun 6 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM apabila menewaskan kelab dari Malang, Indonesia, Arema 3-0 pada perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Mohammad IV, semalam.


Penyerang Lubnan, Mohammed Ghaddar mencuri tumpuan apabila mencipta hatrik untuk membolehkan Kelantan mencatat kemenangan pertama dalam saingan kelab-kelab Asia itu. Sementara itu, Terengganu mencerahkan harapan untuk mara peringkat seterusnya apabila mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan F, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam tadi.


Skuad kendalian jurulatih Mat Zan Mat Aris itu menjadikan kelab Singapura, Tampines Rovers sebagai mangsa dengan mencatatkan keputusan 1-0 dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar sekali gus memadam kekecewaan tewas kepada wakil Hong Kong, Kitchee, bulan lalu.




Jaringan tunggal perancang tengah, Joseph Kalang Tie seawal minit keempat sudah cukup untuk juara Piala FA 2011 itu membawa pulang tiga mata berharga bagi mengumpul enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan dan berada di tempat kedua kumpulan. Usaha wakil negara itu menambah gol bagaimanapun gagal walaupun penyerang berbisanya, Francis Forkey Doe menjadi pertaruhan.

Sementara itu, Kitchee mengukuhkan kedudukan di tempat teratas Kumpulan F dengan mengumpul sembilan mata selepas mencatatkan kemenangan ketiga menewaskan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An, 2-0.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...