Sunday, April 1, 2012

Sime Darby kekal rentak

    

Pemain tengah import Sime Darby, Sengbah Kennedy (depan) turut menyumbang satu gol

SELEPAS berjaya mengejutkan arena bola sepak tanah air dengan layak ke separuh akhir Piala FA, Sime Darby meneruskan cengkamannya dalam saingan Liga Perdana apabila membelasah Pos Malaysia, 5-0 kelmarin.

Pengendalinya, Ismail Zakaria ketika dihubungi mengakui tiga mata yang dicapai hasil daripada kejayaan anak buahnya meneruskan momentum kemenangan yang dicapai dalam saingan Piala FA.


“Ini satu petanda baik kepada pasukan kerana setiap pemain berusaha dengan gigih dan enggan mengalah sebelum berjuang.

“Malah, kutipan tiga mata kelmarin membantu pasukan memperbaiki kedudukan­ dalam liga yang kini berada di tangga keempat,” katanya.

Enggan terus lalai dengan kemenangan kelmarin, beliau menggesa setiap pemain supaya mengekalkan rentak sama pada saingan seterusnya bertemu MBJB, 6 April ini.

“Pada awalnya saya tidak meletakkan sebarang harapan, namun dengan semangat tinggi pemain saya percaya kami mampu melangkah lebih jauh pada saingan liga musim ini,” katanya.

Lima gol itu dijaringkan oleh Razali UmarKandasamy pada minit ke-15, Sengbah Kennedy (minit ke-65), Mohd Irme Mat (minit ke-80 dan 85) serta Mohd Faiz Mohd Isa lima minit kemudian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...