Tuesday, December 4, 2012

‘Bayar dulu, baru bebas’

Harian Metro


WALAUPUN impian untuk berpindah tercapai, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo belum boleh menarik nafas lega apabila perlu menjelaskan tuntutan baki kontrak seperti dikehendaki Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sebelum benar-benar bebas daripada The Red Warriors.

Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan mengemukakan afidavit tuntutan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung jumlah pampasan yang perlu dibayar Norshahrul berhubung perpindahannya ke Johor.



“Kita akan nyatakan surat kepada FAM berhubung gaji, hutang dan kontrak lain yang membabitkan Mat Yo. Bagaimanapun jumlah tuntutan itu belum diputuskan sehingga mesyuarat jawatankuasa FAM berlangsung.

“Kita juga sudah menerima surat permohonan menamatkan kontrak daripada Mat Yo dan kita akan cuba selesaikan isu ini dalam masa terdekat,” katanya di Majlis Memperkenalkan Pemain di Kafe TRW, di Kota Bharu, semalam.


Sebelum ini, segala kemelut yang melanda Norshahrul berhubung perpindahan pemain yang sinonim dengan panggilan Mat Yo akhirnya terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan pemain itu milik skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...