Tuesday, December 4, 2012

Safee hampir sertai Johor


Sumber: EspnStar.My

Johor menegaskan Safee Sali akan menyertai mereka secara pinjaman selama satu musim.

Selepas mendapatkan bintang-bintang pasukan kebangsaan Malaysia dan dua pemain import bertaraf dunia, Johor kini telah mendapatkan seorang lagi pemain Harimau Malaya, Safee Sali.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Suhairi Hashim hari ini mengesahkan mereka akan mengukuhkan lagi pasukan dengan mendapatkan Safee Sali secara pinjaman untuk satu musim.

"Safee bersama Johor sebagai pemain pinjaman mulai 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013. Bagaimanapun, dia tidak dapat bersama kita malam ini kerana tidak mendapat pelepasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Apa yang pasti Safee memang akan menandatangani dokumen perjanjian dengan Johor," katanya

Selepas menyerlah di Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali telah menyertai pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya selama setahun. Selepas konflik melanda bola sepak Indonesia, dikhabarkan Safee akan menyertai Arema Pelita Indonesia. Walaubagaimanapun, untuk lebih selamat Safee telah memilih Johor.

Tarikh tamat pendaftaran pemain Liga Malaysia adalah pada 6 Disember ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...