PERTAHANAN negara, Mahali Jasuli sewajarnya diangkat sebagai wira ketika skuad negara menumbangkan Indonesia 2-0 malam kelmarin.
Bekas kapten Harimau Muda A itu tampil cemerlang apabila meledak gol kedua selepas melakukan hantaran silang kepada Azamuddin Mohd Akil bagi gol pembukaan.
“Bagi saya ini bukan kejayaan yang mampu dicapai secara individu. Ini adalah kerjasama semua pemain yang bekerja keras dalam memastikan gawang negara tidak dibolosi lawan,” katanya.
Pemain berusia 23 tahun itu tampil dalam kejohanan ini sebagai pemain gantian apabila direhatkan pada peringkat awal ketika perlawanan pertama menentang Singapura namun kehadirannya menampakkan kesan positif kepada skuad negara sehingga dikekalkan dalam kesebelasan utama berdepan Laos dan menentang Indonesia malam kelmarin.
Malah persembahan bekas pemain didikan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee antara yang terbaik dipamerkannya apabila sering mara ke gawang lawan ketika barisan serangan negara melancarkan serangan sehingga akhirnya dia berjaya berada dalam senarai penjaring ketika bergandingan baik dengan Wan Zack Haikal Wan Noor untuk meledak jaringan kedua negara.
No comments:
Post a Comment